JAGA ADAB

Sejak kebelakangan ni, aku di kelilingi dengan berita , dimana situasi nya :

1) "orang putus tunang" la, 
2) "putus cinta" la, 
3) "bercerai" la..



 Hemm... 
Ya. Aku faham tu. 

Kau "putus tunang" ker,  kau "putus cinta" ker,  kau "bercerai" ker,  bukan kau yang mintak tu semua. Sebab dah memang TAKDIR ALLAH. Sebab dah BUKAN JODOH.

Tapi, perlu ada USAHA juga.

Aku pernah alami situasi, dimana aku "break-off" dari couple sekejap. Gara-gara sekecil masalah yang datang dari orang ketiga. Orang ketiga ni, adalah tunang orang dan juga girlfriend orang lain.

Aku ni sejenis yang, bukan tak berapa kisah sangat, betul-betul kisah. Cumanya, jangan melampaui batas. 

Aku tak kisah, kau punya TUNANG / BOYFRIEND kau tak kisah sangat ker pasal bab-bab jeles ker,
Aku tak kisah, kau punya TUNANG / BOYFRIEND kau tu kawan kepada boyfriend aku ker,

Tapi, aku memang kisah bila,

kau sebagai tunang / girlfriend tak pandai jaga adab. Bukan setakat tak jaga adab, tapi GEDIK. Itu perkara yang memang paling aku pantang. Memang patut aku tegur.

Kau tu, dah lah TUNANG / GIRLFRIEND  orang.
Mengedik pulak dengan lelaki / boyfriend orang lain.
Apa kau kekurangan kasih sayang dari pasangan sendiri ?
Apa kau kekurangan perhatian  dari pasangan sendiri ?
Apa kau mengeletis sangat nak berlaki ?

Kalau dari awal kau tak jaga perhubungan tu, memang kau tempah BUKANLAH JODOH namanya.
Kau sebagai wanita, perlu ada sifat rasa MALU.
Lagi pun, lelaki tak suka perempuan yang mengedik.
Kau nak bergurau dengan lelaki orang pun, jaga adab.Tak perlu lebih-lebih.

Bila aku tegur kesilapan kau, Ditegur nya balik kat aku.
Dahlah kacau hubungan aku, masih dasar tak sedar lagi perempuan tu.

Sebab hanya, "comment" perempuan sejenis gedik, aku dengan pasangan "break-off" sementara. Alhamdulillah, selepas berbincang, pujuk memujuk dan berfikir , kami berbaik semula. Perbincangan  itu perlu. Bukan tu jer, dari segi semua aspek perlu ambil kira. Nak-nak lagi yang dah berumah tangga.

Bagi yang dah ada pasangan, jaga adab bila bergaul. Bukan sesuka hati kau nak pegang, sentuh, bertepuk tampar dengan orang lain. Jaga perasaan pasangan kau.

Sebab kalau kau dah jadi ISTERI nanti, kau yang akan bawa maruah laki kau ke mana-mana sahaja.

Walaupun ia hal yang mudah, tapi itu yang akan merapatkan hubungan kau dengan pasangan.

Cuma nak bagitahu.

Apa kau rasa, bila perempuan lain, mengedik dengan tunang/boyfriend/laki  kau sendiri?
Rasa apa?
Simpan sendiri perasaan tu. Aku tak nak tahu. Sebab aku sendiri dah rasa.



Jaga hubungan kau, Allah akan tolong jaga. Insyallah hingga syurga jodoh kau.




Nota kaki : sis tak marah. sis membebel jer. Kita jaga dan usaha untuk jaga hubungan, Insyallah akan tolong jaga hingga jannah. Bukan hanya untuk  manusia yang berstatus girlfriend, tunang orang sahaja, tetapi utk bini-bini orang juga. Bukan utk perempuan sahaja, tapi kaum lelaki juga.








No comments: